Secebis rasa,
Sesayup bicara,
Seuntai kata.
Aku kembali menyapa..
Dan kini kita melangkah lagi
Untuk terus meneruskan kehidupan ini..
Kita bertidak dan berfikir untuk terus majukan diri ke hadapan..
Dan kita sering berfikir untuk menjalani kehidupan dengan penuh harapan..
Selangkah kita ke hadapan..
Kita akan sentiasa berdepan dengan dugaan..
Kita perlu sentiasa menangkan tangan untuk terus berjalan dengan tenang,
Kita ada rasa yang kita sendiri lupa..
Dan kita ada duka yang sering menjengah kita..
Kita melangkah lagi..
Dan kali ini..
Mesti melangkah dengan penuh gagah..
Agar kita tidak terpapah dengan jalanan yang menyusah...
Kita melangkah lagi..
Melihat azam yang julang..
Tinggi dengan penuh gemilang..
Cuma capaikan azam dengan penuh cemerlang..
Kalau hati kita sikit pun tak pernah berani..
Tak sanggup untuk diuji dan teruji..
Kita melangkah lagi..
Dengan jalanan yang belum pasti..
Dan kita melangkah lagi..
Dengan harapan yang belum pasti..
Namun kita melangkah lagi..
Dengan semangat yang telah berahi..
Yang berduri akan ku sanggah,
Biar bila ku berdiri terasa gagah,
Namun tenangnya sepi terus menyergah,
Aku akan bisa selami lagi kalaupun jiwaku parah,
Akan ku basuh luka ku berdarah,
Jangankan aku pasrah,
Pada tiap yang datang menjengah,
Aku kena benar tabah,
Untuk aku kunjung pada tinggi yang tak goyah,
Selamilah tiap jiwa yang saban hari datang menyinggah,
(Terasa hati ingin bersamanya walaupun diri terasa payah),
Saturday, March 13, 2010
Friday, February 26, 2010
TEKA TEKI
Joyah Ketawa air mata menitis,
Melihat koyak pada seluar,
Orang putih duduk sebaris,
Pagar di dalam tebing di luar.
Pak Leman membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Kalaulah tuan bijak dan pintar,
Ular apakah membelit di pinggang?
Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati.
Jawapan : 1. Gigi 2. Tali Pinggang 3. Gasing
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.3/2010 Siri 11
Melihat koyak pada seluar,
Orang putih duduk sebaris,
Pagar di dalam tebing di luar.
Pak Leman membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Kalaulah tuan bijak dan pintar,
Ular apakah membelit di pinggang?
Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati.
Jawapan : 1. Gigi 2. Tali Pinggang 3. Gasing
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.3/2010 Siri 11
CINTA
Aku ingin melihat matamu yang indah
simfoni nan syahdu
mengalun melalui lorong hatiku
sukma gemalai mengikuti irama jiwa
segala cerita hanyalah sejahtera
bagi anak bangsanya.
Aku ingin melihat matamu yang indah
sebuah telaga bening yang sejuk airnya
tempat bermain dan berenang-renang
lumut dan batu-batu adalah pembersih jiwa
aroma semesta adalah bunga
yang ada di dalam hati.
Aku ingin melihat matamu yang indah
tempat bersemayam para leluhur yang perkasa
para penakluk serigala durjana
semua kejahatan tunduk bertekuk lutut
dan tak berdaya
Kiriman : Mohd Fadzli bin Azri
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.3/2010 Siri 11
Saturday, January 30, 2010
WAKTU YANG BERLALU ATAU NOSTALGIA
Masakan kau lupa
Sedang aku tak dapat melupakan
Usia sebelum remaja
Tika kita sama menggariskan
Wajah-wajah kebahagiaan
Pada debu-debu putih
Di halaman rumahmu
Masakan aku dapat melupakan
Tika ibumu marah sepanjang pagi
Tika kakakku memanggil pulang di tengahari
Tika bicara ria berlanjutan ke senja hari
Kita masih berpesta dalam debu-debu
Dan pasir-pasir putih terkumpul
Di situ kita dirikan istana rapuh
Dan seakan terbina didalamnya
Janji-janji masa depan yang utuh
Kini
(Setelah lama waktu itu ditinggalkan)
Kita cuba mengembalikan
Pada jarak yang memisahkan
(Kerana kita tidak lagi sehaluan)
Tetapi segalanya tinggal sepi
Kecuali waktu yang berlalu itu
Telah kita tinggalkan jauhBersama nostalgia
Kiriman : Mohd Fadzli bin Azri
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10
PERJALANAN
Waktu itu pagi
Ketika aku
Bermula dari satu perjalanan
Mencari dari jauhnya perjalanan
Apakah yang dapat kubawa bersama
Untukmu
erjalanan itu tiada membawa apa
Tanganku kosong seperti musim kering
Dengan daun-daun meluruh
Apakah kau kan sudi
Menyambut tanganku
Di halaman rumahmu
Ah... betapa bencinya aku pada perjalanan
Tidak pasti sebarang kemungkinan
kadang-kadang terhenti di pertengahan
Tapi, mengapa kau masih memaksa
Aku meneruskan perjalanan ini
Kiriman : Mohd Fadzli bin Azri
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10
TEKA TEKI
Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati dimana kuburnya.
Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka.
Jawapan : 1. Buah Melaka 2. Kilat 3. Pari
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati dimana kuburnya.
Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka.
Jawapan : 1. Buah Melaka 2. Kilat 3. Pari
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10
Monday, January 11, 2010
TEKA-TEKI
Mak Lijah menyusun sepatu,
Sepatu disusun satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam, apakah itu?
Pergi ke kedai bersama Sofia,
Belikan barang untuk emak,
Jika saudara tahu jawapannya,
Apakah ia semakin berisi semakin tunduk?
Tidaklah bising senyap sahaja,
Bunyi perlahan hanya berdegup,
Di dalam tubuh terus bekerja,
Sepatu disusun satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam, apakah itu?
Pergi ke kedai bersama Sofia,
Belikan barang untuk emak,
Jika saudara tahu jawapannya,
Apakah ia semakin berisi semakin tunduk?
Tidaklah bising senyap sahaja,
Bunyi perlahan hanya berdegup,
Di dalam tubuh terus bekerja,
Jika berhenti tiada yang sanggup
Jawapan : 1. Jarum 2. Padi 3. Jantung
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.1/2010 Siri 9
Subscribe to:
Posts (Atom)