Saturday, January 30, 2010

WAKTU YANG BERLALU ATAU NOSTALGIA

Masakan kau lupa
Sedang aku tak dapat melupakan
Usia sebelum remaja
Tika kita sama menggariskan
Wajah-wajah kebahagiaan
Pada debu-debu putih
Di halaman rumahmu
Masakan aku dapat melupakan
Tika ibumu marah sepanjang pagi
Tika kakakku memanggil pulang di tengahari
Tika bicara ria berlanjutan ke senja hari
Kita masih berpesta dalam debu-debu
Dan pasir-pasir putih terkumpul
Di situ kita dirikan istana rapuh
Dan seakan terbina didalamnya
Janji-janji masa depan yang utuh
Kini
(Setelah lama waktu itu ditinggalkan)
Kita cuba mengembalikan
Pada jarak yang memisahkan
(Kerana kita tidak lagi sehaluan)
Tetapi segalanya tinggal sepi
Kecuali waktu yang berlalu itu
Telah kita tinggalkan jauhBersama nostalgia
Kiriman : Mohd Fadzli bin Azri
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10

PERJALANAN

Waktu itu pagi
Ketika aku
Bermula dari satu perjalanan
Mencari dari jauhnya perjalanan
Apakah yang dapat kubawa bersama
Untukmu
erjalanan itu tiada membawa apa
Tanganku kosong seperti musim kering
Dengan daun-daun meluruh
Apakah kau kan sudi
Menyambut tanganku
Di halaman rumahmu
Ah... betapa bencinya aku pada perjalanan
Tidak pasti sebarang kemungkinan
kadang-kadang terhenti di pertengahan
Tapi, mengapa kau masih memaksa
Aku meneruskan perjalanan ini
Kiriman : Mohd Fadzli bin Azri
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10

TEKA TEKI

Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati dimana kuburnya.

Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka.

Jawapan : 1. Buah Melaka 2. Kilat 3. Pari
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.2/2010 Siri 10

Monday, January 11, 2010

TEKA-TEKI

Mak Lijah menyusun sepatu,
Sepatu disusun satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam, apakah itu?

Pergi ke kedai bersama Sofia,
Belikan barang untuk emak,
Jika saudara tahu jawapannya,
Apakah ia semakin berisi semakin tunduk?

Tidaklah bising senyap sahaja,
Bunyi perlahan hanya berdegup,
Di dalam tubuh terus bekerja,
Jika berhenti tiada yang sanggup

Jawapan : 1. Jarum 2. Padi 3. Jantung
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.1/2010 Siri 9

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT

Mungkin ramai dalam kalangan umat Islam tidak menyedari akan hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah S.W.T. yang sia-sia, malahan ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah melakukan sujud ialah:
  • Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • Melegekan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • Meringankan bahagian pelvis.
  • Memberikan dorongan supaya mudah tidur.
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara tidak lansung memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik.
  • Mengurangkan risiko untuk menjadi gemuk.
  • Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah.

KEHAMPAAN

Sungguh-Sungguh di (dalam) hati
ada suatu kesedihan yang tidak bisa dipindahkan
kecuali dengan kebahagiaan pengetahuan Allah
dan menjadi benar kepadaNya
Dan di dalamnya ada suatu kehampaan
yang tidak bisa diisi
kecuali dengan cinta untuk Nya
dan dengan berbalik ke padaNya
dan selalu ingat kepadaNya
Dan jika seseorang telah diberi semua dunia
dan apa yang di ada dalamnya,
itu tidak akan mengisi atau
memenuhi kehampaan ini
Kiriman : Fikri, AADK Perak
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.1/2010 Siri 9

BERAZAM KEPADA LEBIH BAIK

Assalamualaikum ahli keluarga!

Alhamdulillah kita telah melangkah ke tahun 1431H dan 2010M. Pasti tahun 1430H/2009M telah meninggalkan pelbagai kenangan suka duka dalam diri kita. Didoalan semoga sepanjang tahun baru ini kita semua sentiasa dalam kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. Semoga azam baru yang ditanam menjadi kenyataan.
Namun untuk merealisasikan azam bukanlah perkara mudah. Kita perlukan dispilin diri yang kuat. Disiplin ertinya latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri patuh pada tatatertib.
Dalam hidup ini kita mesti sentiasa menanam azam. Jika kita tidak ada azam, kita tidak ada dorongan untuk mengejar dan mencapai kejayaan.
Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama menanam azam untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan dalam hidup kita. Mudahan setiap usaha yang kita lakukan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.