Friday, October 23, 2009

JADILAH SEORANG KETUA, BUKANNYA TUAN

Ketua memberi inspirasi kepada mereka
Tuan mengerah orang bawahannya

Ketua bergantung kepada semangat muhibbah
Tuan bergantung kepada kuasa

Ketua mencerna kemesraan
Tuan membangkitkan ketakutan

Ketua sentiasa berkata kita
Tuan sentiasa berkata saya

Ketua menunjuk apa yang salah
Tuan menunjuk siapa yang salah

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

Ketua diberi penghormatan
Tuan menuntut penghormatan

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN

Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan dan pengertian tentang Kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.

Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta utk mencari pengetahuan. Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.

Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merupakan penyambung lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.

Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu, dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan. Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan? masa depan. Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.

Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan apikeagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. Duka melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.

Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia. Tidak dapat ditukar dengan emas; tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.

Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata.? Orang-orang papa yangkusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga, sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. Tapi hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas, pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan. Itu menandakan ketakutan.

Air mata yang kutangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya, dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemuh. Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.

Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. Dan dukacita yang kausandang, akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. Dan angkatan mendatang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

( Kiriman : Saif Uitm Arau, Perlis )
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

TEKA TEKI

Berbadan besar bertanduk dua,
Duan jantina jantan dan betina,
Makan rumput mana-mana,
Klau tahu berikan namanya.

Berbdan hitam bertutup satu,
Untuk kita membuang sesuatu,
Cubalah teka wahai rakan-rakanku,
Apakah benda itu tolonglah beritahu.

Merah bunganya tidak terperi,
Mekar bunganya tidak terkata,
Di laman rumah menjadi penyeri,
Lambang tradisi Negara tercinta.

Jawapan : 1. Lembu 2. Tong Sampah 3. Bunga Raya

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

Wednesday, October 21, 2009

BENGKEL KEFAHAMAN DAKWAH ISLAMIYAH





Bengkel anjuran Bahagian Dakwah JAKIM ini telah diadakan pada 19 -21 Oktober 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 40 orang peserta terlibat terdiri daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari AADK dan Jabatan Penjara Malaysia. Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah :
1. Membuka minda peserta ke arah peningkatan taqwa dan kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai muslim
2. Membina ketahanan peribadi sebagai pemimpin dalam menghadapi suasana Institusi Rawatan dan Pemulihan yang mencabar berbekalkan kefahaman yang jelas dan jitu
3. Memperkukuhkan pemahaman peserta terhadap nilai-nilai dan budaya kerja yang unggul dalam melaksanakan tanggungjawab seharian menerusi kefahaman terhadap tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka




RUMAH TERBUKA PUSPEN KG SELAMAT





Rumah Terbuka Aidilfitri PUSPEN Kg. Selamat telah diadakan pada 15 Oktober 2009. Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang dianggarkan telah dihadiri lebih 300 orang tetamu. Antara juadah yang disediakan ialah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Masak Kurma, Nasi Impit, Lemang, Kuah Kacang, Rendang Ayam dan Daging, Soto Ayam, Laksa, Cendol dan banyak lagi menu-menu menarik. Terima kasih kepada semua yang hadir dan sama-sama menjayakan rumah terbuka ini.




Saturday, October 10, 2009

KELAB KELKAS PUSPEN KG. SELAMAT

En. Kamarruddin bin Kamdani
Pengerusi Kelab KELKAS PUSPEN Kg. Selamat


AJK Kelab KELKAS PUSPEN Kg. Selamat


Pada 30 September 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat PUSPEN Kg. Selamat telah diadakan Mesyuarat Kelab KELKAS PUSPEN Kg. Selamat Bil.1/2009. Mesyuarat yang dipengerusikan En. Kamarruddin bin Kamdani, pengerusi kelab yang baru telah membincangkan beberapa agenda bagi memantapkan perjalanan kelab di masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua atas kepercayaan dengan pelantikan Ustaz Madya bin Madon sebagai salah seorang AJK Kelab dan mudah-mudahan Kelab KELKAS dapat memberikan yang terbaik kepada semua ahlinya.

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

1. Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
2. Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu.
3. Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
4. Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
5. Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya.
6. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
7. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan
satu perkara iaitu USAHA.
8. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan
satu perkara iaitu USAHA.
9. Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu
kawan.
10. Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai
persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati.
11. Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
12. Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
13. Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
14. Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
15. Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah
membuat kebaikan.
16. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.6/2009

TEKA TEKI

Mari kawan kita ke Medan,
Menyusur laluan Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Kalan tuan pandai, ikan apa cubalah teka.

Pokok kelapa dipanjat kera,
Mak Limah pula memotong timun,
Makan kuat tidak terkira,
Kenyangnya tidak tahi bertimbun.

Kampung Paya tinggalnya Opah,
Tinggal berdua bersama Pak Salam,
Gajah Putih ditengah rumah,
Apakah layer dipasang waktu malam.

Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?

Bangun pagi gosok gigi,
Cantik berseri dipandang tinggi,
Kalaulah tuan bijak bestari,
Binatang apakah tiada kaki.


Jawapan : 1. Ikan Pari 2. Api 3. Kelambu 4. Gasing 5. Ular
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.6/2009

DULU DAN KINI

Dulu Mereka pembantu di hari pilu
Mereka pendorong di hari lesu
Mereka penawar di hari duka
Mereka di sisi di hari sepi
Indah nian segalanya
Tapi Setiap yang indah

Bagai embun di hujung rumput
Entah mengapa
Si bayu hadir menghembus embun malang
Mengarak pergi diri mereka yang dulu
Mendesak suatu wajah asing sebagai pengganti

Kini
Diri ini tidak dihirau lagi
Senyum yang dulu berseri nan mulus
Jadi kelat sekelat-kelatnya
Kata-kata semanis madu dulu
Rupanya sebisa racun duri kini
Hanya langkah-langkah selamba
Memencil diri yang dirantai sepi
Mengapa? Mengapa ini terjadi?
Dulu dan kini bagai langit dan bumi
Mengapa mereka berubah ketara?
Sedangkan diri ini tidak mencipta sebarang dosa....

( Kiriman : Saif Uitm Arau, Perlis )
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.6/2009