Sunday, November 29, 2009

TEKA TEKI

Burung merpati indah warnanya,
Terbang riang di atas awangan,
Cubalah teka wahai semuanya,
Semakin diisi semakin ringan.

Kalau tuan pakai celana,
Pakailah songkok di atas kepala,
Kalau tuan arif bijaksana,
Binatang apakah tiada kepala.

Tuan puteri cantik berseri,
Dihias rapi di istana kayangan,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa yang naik tak pernah turun.

Jawapan : 1. Belon 2. Ketam 3. Umur
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.8/2009

KATA-KATA HIKMAH

“Apabila sempurna akal, kurang perkataan”(Saidina Ali Abi Talib)

“Sifat pemarah adalah musuh utama akal”(Saidina Ali Abi Talib)

“Walaubagaimana pun alim seorang itu, dia tidak akan dapat manafaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal”(Lukmanul Hakim)

“Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang celaka adalah jahil”(Saidina Ali Abi Talib)

“Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih baik pula ia berkata-kata”(Saidina Ali Abi Talib)

“Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya”(Saidina Ali Abi Talib)

“Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran”(Hamka)

Akal ilah anugerah Tuhan kepada makhluknya yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberi semata-mata. Ia perlu dituntut”(Hamka)

“Salah satu tugas agama ilah memelihara akal. Memilihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya”(Hamka)

“Hawa nafsu membawa kesesatandan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang” (Hamka)

“Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu”(Aristotle)

“Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang”(Hamka)

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.8/2009

KAWAN

Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........
Kiriman : Fikri, AADK Perak
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.8/2009

Friday, October 23, 2009

JADILAH SEORANG KETUA, BUKANNYA TUAN

Ketua memberi inspirasi kepada mereka
Tuan mengerah orang bawahannya

Ketua bergantung kepada semangat muhibbah
Tuan bergantung kepada kuasa

Ketua mencerna kemesraan
Tuan membangkitkan ketakutan

Ketua sentiasa berkata kita
Tuan sentiasa berkata saya

Ketua menunjuk apa yang salah
Tuan menunjuk siapa yang salah

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan

Ketua diberi penghormatan
Tuan menuntut penghormatan

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN

Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan dan pengertian tentang Kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.

Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta utk mencari pengetahuan. Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.

Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merupakan penyambung lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.

Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu, dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan. Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan? masa depan. Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.

Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan apikeagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. Duka melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.

Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia. Tidak dapat ditukar dengan emas; tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.

Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata.? Orang-orang papa yangkusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga, sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. Tapi hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas, pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan. Itu menandakan ketakutan.

Air mata yang kutangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya, dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemuh. Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.

Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. Dan dukacita yang kausandang, akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. Dan angkatan mendatang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

( Kiriman : Saif Uitm Arau, Perlis )
Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

TEKA TEKI

Berbadan besar bertanduk dua,
Duan jantina jantan dan betina,
Makan rumput mana-mana,
Klau tahu berikan namanya.

Berbdan hitam bertutup satu,
Untuk kita membuang sesuatu,
Cubalah teka wahai rakan-rakanku,
Apakah benda itu tolonglah beritahu.

Merah bunganya tidak terperi,
Mekar bunganya tidak terkata,
Di laman rumah menjadi penyeri,
Lambang tradisi Negara tercinta.

Jawapan : 1. Lembu 2. Tong Sampah 3. Bunga Raya

Majalah Syifa' PUSPEN Kg. Selamat Bil.7/2009

Wednesday, October 21, 2009

BENGKEL KEFAHAMAN DAKWAH ISLAMIYAH





Bengkel anjuran Bahagian Dakwah JAKIM ini telah diadakan pada 19 -21 Oktober 2009 bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 40 orang peserta terlibat terdiri daripada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dari AADK dan Jabatan Penjara Malaysia. Antara objektif penganjuran bengkel ini adalah :
1. Membuka minda peserta ke arah peningkatan taqwa dan kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai muslim
2. Membina ketahanan peribadi sebagai pemimpin dalam menghadapi suasana Institusi Rawatan dan Pemulihan yang mencabar berbekalkan kefahaman yang jelas dan jitu
3. Memperkukuhkan pemahaman peserta terhadap nilai-nilai dan budaya kerja yang unggul dalam melaksanakan tanggungjawab seharian menerusi kefahaman terhadap tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka